Guatemala Jadi Ujian Akhir Skuad Muda Malaysia
MakanBola
Seleccion Paraguaya

Pasukan Malaysia B-16 bakal berdepan negara dari benua Amerika Utara, Guatemala dalam aksi terakhir FIFA Youth Series 2025.

Anak didik Javier Jorda ini sudah hampir seminggu berada di Zurich, Switzerland bagi menyertai kejohanan jemputan FIFA Youth Series bersama 5 lagi negara daripada benua berbeza.

Walau bagaimanapun, pasukan muda negara ini tak bernasib baik apabila tumpas kedua-dua aksi di peringkat kumpulan B kepada Paraguay dan Tunisia untuk berada di tangga ke-3.

Oleh itu, Malaysia B-16 akan berdepan negara di tangga ke-3 dari kumpulan A, Guatemala pada aksi penentuan tempat ke-5 dan ke-6 kejohanan FIFA Youth Series bagi edisi 2025 ini.

Ini selepas Guatemala memungut satu mata dari dua aksi di kumpulan A setelah tumbang kepada New Zealand dan seri menentang pasukan tuan rumah, Switzerland pada Selasa.

Aksi Malaysia B-16 vs Guatemala ini akan berlangsung pada Rabu, 21 Mei dengan sepak mula tepat jam 10.50 malam di laman sesawan FIFA+ untuk menyaksikan secara percuma.