Habib Haroon Sertai Kelab Bahrain, Sitra
MakanBola
Sitra Club
Sponsors

Tidak lama selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon sah menyertai kelab Bahrain, Sitra FC.

Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari mengumumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penamatan kontrak secara bersama.

Ad

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Habib memenuhi komitmen peribadi di negara asalnya itu. Ini sekaligus menamatkan tempoh beliau di Malaysia dari 2021 hingga 2024.

Ad

Meskipun hanya sempat bersama Kedah untuk 11 perlawanan, beliau membantu Kedah layak ke peringkat separuh akhir Piala FA 2024.

Selain Kedah, Habib juga pernah beraksi untuk pasukan Pantai Timur, Terengganu. Beliau membantu pasukan itu beraksi dalam Piala AFC 2023/24 dan mara ke final Piala Malaysia 2023.

Ad

Kini, Sitra mengesahkan Habib menjadi rekrut terbaru pasukan itu untuk menghadapi saingan Bahraini Premier League (BPL) musim 2024/25.

Ad

Selain beliau, Sitra turut merekrut Joel Vinicius, Othman Al-Haj, Othman Hassan, Bader Bashir, Vincent Emmanuel, Imran Ilyas Bakur Adam, Ibrahim Jamal dan Anwar Ahmed.

Ad

Khidmat Habib mula digunakan jurulatih Croatia, Dragan Tadic dalam aksi persahabatan Sitra dengan Busaiteen yang diadakan pada 3 September lalu. Beliau membantu pasukan itu meraih kemenangan 1-0.

Sitra bakal membuka kempen BPL dengan menentang A’Ali pada 21 September ini.