Habuan Lumayan RM1.5 Juta Buat Sabah
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Aksi cemerlang Sabah di pentas Liga Super Malaysia musim ini menyaksikan hadiah berjumlah RM1.5 juta menjadi milik mereka.

Saingan Liga Super telah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) diangkat sebagai juara buat kali ke-11 berturut-turut tatkala Selangor huni tangga kedua.

Ad

Manakala, pasukan Sabah berpuas hati dengan menduduki kedudukan ke-3 Liga Super untuk kali ketiga berturut-turut, meraih 40 mata setelah 24 perlawanan hasil 11 kemenangan.

Ad

Berdasarkan sistem agihan wang ganjaran yang diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL), Sabah akan membawa pulang RM1.5 juta secara keseluruhan setelah muncul tempat ke-3 di Liga Super.

Jumlah ini merangkumi agihan RM1 juta berdasarkan merit kedudukan akhir Sabah di tempat ke-3 sementara tambahan RM500,000 pula merupakan agihan sama rata kepada semua pasukan.

Ad

Juara Liga Super iaitu JDT sah memperoleh wang ganjaran RM2.4 Juta secara keseluruhan manakala Selangor selaku pemenang tempat kedua musim ini memungut RM1.9 Juta.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments