Hadif Hizamshol Berpeluang Tambah Trofi Di Wales
MakanBola
English College FA
Sponsors

Bintang muda Malaysia yang berpangkalan di Wales, Hadif Hizamshol berpeluang menambah koleksi trofi untuk pasukannya, The New Saints (TNS).

Hadif baru-baru ini membantu pasukan itu muncul juara ECFA Men’s Premier Cup selepas mengalahkan Worthing College di peringkat akhir.

Ad
Sponsors

Kejayaan ini memastikan TNS mempertahankan trofi ECFA Men’s Premier Cup buat dua musim berturut-turut.

Ad

Lebih menarik, Hadif turut menyumbat gol dalam perlawanan tersebut. Gol beliau turut dicalonkan untuk Gol Terbaik TNS Bulan April 2025.

Hadif turut berpeluang menambah koleksi trofi untuk pasukan dari Wales itu. Selain ECFA Men’s Premier Cup, mereka juga sudah mengesahkan kejuaraan liga kategori Bawah 19 Tahun (B-19) beberapa minggu lalu.

Ad

TNS juga hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan liga simpanan. Selain itu, TNS juga akan berentap dengan Halford West untuk perlawanan playoff UEFA Youth League.

Ad

Pemenang aksi tersebut bakal membawa cabaran Wales dalam saingan UEFA Youth League. Hadif mengakui teruja dengan peluang yang dimiliki TNS dan mahu memanfaatkannya sebaik mungkin.

Ad

“Banyak peluang untuk mendapatkan (lagi) trofi. Saya fikir kita yakin untuk merealisasikannya,” katanya selepas perlawanan final tersebut.

Kisah kejayaan Hadif dan TNS dikongsikan oleh akaun X Harimau Abroad baru-baru ini. Peminat yang mahu mengundi gol Hadif sebagai gol terbaik boleh pergi ke pautan ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments