Hafizh Syahrin Raih Tempat Kelima Di Thailand
UltraSukan
JDT Racing Team
Sponsors

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin gagal meneruskan kecemerlangan dalam saingan pusingan pertama Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025.

Ini selepas bekas jaguh MotoGP itu sekadar raih tempat kelima dalam perlumbaan kedua Asia Superbike 1000 (ASB1000) di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand.

Ad
Sponsors

Selepas meraih tempat ketiga dalam perlumbaan pertama, pencapaian ini membakar semangat Hafizh untuk memburu kemenangan sulung musim 2025.

Ad

Perlumbaan kedua ASB1000 menyaksikan semua pelumba bermula dari kedudukan yang diraih dalam sesi kelayakan pada 26 April. Hafizh bermula di tempat ketiga di belakang Zaqhwan Zaidi dan Nakarin Atiratphuvapat.

Sebaik perlumbaan bermula, Hafizh bernasib malang menduduki tempat keenam apabila dipintas pelumba-pelumba lain. Ini termasuk naib juara ASB1000, Andi Farid Izdihar dari Indonesia.

Ad

Nakarin mengambil kesempatan untuk memintas Zaqhwan sekaligus menerajui perlumbaan kedua ASB1000.

Ad

Andi yang menduduki tempat ketiga berusaha mengejar pelumba Malaysia itu yang menduduki tempat kedua. Malangnya, pelumba Astra Honda Racing Team itu terjatuh semasa cuba memotong.

Ad

Ini membolehkan pelumba-pelumba lain termasuk Hafizh memintas dan memperbaiki kedudukan masing-masing.

Nakarin kekal mendahului sehingga ke garisan penamat dengan Zaqhwan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Keito Abe pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Hafizh terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima.

Meskipun hanya berjaya meraih satu podium di Buriram, ini masih satu permulaan yang baik buat beliau.

Ini kerana Hafizh berjaya mengutip mata dalam kedua-dua perlumbaan ASB1000 di Buriram berbanding satu perlumbaan pada musim 2024.

Pusingan kedua ARRC 2025 bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 30 Mei hingga 1 Jun.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments