Advertisement
Hakim Hassan Mahu Kerja Keras Tambat Hati Tomislav Steinbrückner
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Nor Hakim Hassan mencipta impak segera apabila menyumbat satu gol yang membantu Terengganu FC mengikat KL City FC 3-3 pada Jumaat lepas. Bagi bekas pemain sayap Selangor FC itu, beliau ingin terus bekerja keras agar sentiasa berada dalam perancangan jurulatih Peteh, Tomislav Steinbruckner.

Walaupun menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-50, Hakim mengakui dirinya sedikit bergelut. Ini disebabkan beliau banyak diturunkan Red Giants sebagai pemain gantian musim ini.

Tetapi gol tersebut diharap dapat memberi momentum positif kepada beliau sekaligus mendorong Steinbruckner mengekalkannya dalam kesebelasan utama.

“Bagi sayalah untuk beradaptasi, untuk serasi buat masa ini memang susahlah. Agak bergelut sikit sebab yalah, ini perlawanan pertama saya. Lama saya tak main, jadi saya akan kekalkanlah momentum saya pada malam ini untuk perlawanan seterusnya,” katanya kepada MakanBola.

Dengan perlawanan menentang PDRM FC pada 16 Julai ini, Hakim pastinya mahu meneruskan aksi cemerlang bersama pasukan barunya itu.