Hakimi Abdullah Teruja Kembali Beraksi Bersama Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Hakimi Abdullah mengakui teruja kerana dapat beraksi semula di atas padang.

Sebelum ini, pemain sayap berusia 24 tahun itu terpaksa berehat selama 11 bulan kerana menjalani pemulihan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).

Ad

Selepas kembali pulih, usaha Hakimi mendapatkan minit permainan bersama Terengganu FC untuk musim 2024/25 sukar. Ini disebabkan persaingan sengit merebut slot kesebelasan utama terutama di bahagian sayap.

Ad

Atas sebab itu, beliau mengakui merasa bersyukur kerana menyertai Sang Kijang Emas secara pinjaman hingga akhir musim ini.

Ini kerana inilah peluang bukan saja untuk Hakimi mendapatkan kembali minit permainan yang berharga. Malah, ini juga peluang buat beliau untuk membantu Kelantan DN mendaki kedudukan liga.

Ad

“Pertamanya alhamdulilah, terima kasih kepada Terengganu FC kerana meminjamkan saya ke Kelantan Darul Naim.

Ad

“Selepas 11 bulan cedera, kini saya berusaha untuk mendapat tempat dan mencari minit permainan. Dengan usaha ini, alhamdulilah saya berjaya menjaringkan gol pertama musim ini bersama Kelantan Darul Naim,” katanya.

Ad

Hakimi mengakui disebabkan tempoh rehat yang lama, bukan mudah untuk membina kembali rentak permainan dan keserasian bersama pemain Kelantan DN yang lain.

Namun begitu, keserasian tersebut dapat dicapai terutama dalam aksi liga menentang Negeri Sembilan FC pada 27 September lalu.

Perlawanan itu menyaksikan Sang Kijang Emas meraih kemenangan kedua liga dengan menewaskan Sang Rusa 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Aksi ini turut menyaksikan Hakimi menyumbat gol pertamanya untuk tahun 2024.

“Saya bergelut dengan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) hampir 11 bulan, jadi nak dapatkan rentak dan keserasian itu agak sukar.

“Masa aksi pertama bersama KDN FC ketika menentang Johor Darul Ta’zim, keserasian itu masih kurang namun selepas itu alhamdulilah sedikit demi sedikit mula mendapat rentak bersama pasukan,” ujarnya.

Bisa Hakimi dijangka ditagih jurulatih Kelantan DN, Park Jae-hong menjelang aksi liga menentang KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 18 Oktober ini.