Hamidin Jawab Kontrak Asal Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memjawab tempoh kontak asal Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya.

Umum mengetahui bahawa pengendali kelahiran Korea Selatan ini tidak lagi bersama pasukan kebangsaan selepas meletakkan jawatannya.

Ad

Ketiadaan beliau jelas mendukacitakan Hamidin yang mahu melihat pengendali berusia 55 tahun ini kekal mengemudi Malaysia.

Ad

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pan Gon kerana sepanjang dua setengah tahun beliau bersama kita.

“Ranking Harimau Malaya telah meningkat baik dan Malaysia berjaya layak ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun. Sumbangan besar beliau tidak akan kita lupakan.

Ad

Beliau bagaimanapun merasakan sedikit kekecewaan selepas Pan-gon menamatkan kontrak lebih awal selepas melanjutkan kontrak tahun lalu.

Ad

“Saya merasa sedikit terkilan kerana beliau sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan skuad Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025,” jelas Hamidin dalam satu kenyataan oleh FAM.

Ad

Hamidin berharap sokongan padu terus diberikan oleh rakyat Malaysia tidak kira siapa pun yang mengemudi skuad kebangsaan.

“Jurulatih datang dan pergi. Itu hakikat yang perlu kita terima. Walaupun Harimau Malaya tanpa Pan Gon, saya tetap mengharapkan agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan padu kepada Pau Marti dan skuad Harimau Malaya bermula dari Pestabola Merdeka 2024 pada September ini.

“Saya yakin dan percaya bahawa Pau Marti dan barisan kejurulatihan sedia ada termasuk E. Elavarasan akan meneruskan kesinambungan dan legasi yang ditinggalkan oleh Pan Gon bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya selepas ini,” jelas beliau.