Hamidin Kongsi Suasana Bilik Persalinan Ketika Tewas Di Final Pestabola Merdeka
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kekalahan terhadap Tajikistan memberikan kesan kepada skuad Harimau Malaya.

Datuk Hamidin sempat berkongsi suasana dibilik persalinan Malaysia setelah tamat perlawanan akhir Piala Pestabola Merdeka tempoh hari.

“Sewaktu saya memasuki bilik persalinan pasukan Malaysia setelah tewas kepada Tajikistan, saya segera beritahu mereka jangan salahkan sesiapa dan terima kekalahan ini bersama-sama.”

Advertisements

“Kita menang bersama, namun kekalahan terhadap Tajikistan itu pasti ada sebabnya. Saya tolak tepi kekalahan demi semangat bersama.” ujarnya dalam rancangan Bola Itu Life terbitan Astro Arena.

“Selepas itu mereka kembali gembira. Mereka memang kecewa atas kekalahan itu kerana mereka mengharapkan kemenangan ke atas Tajikistan setelah mampu menewaskan India.”

Advertisements

“Jadi saya cuba hilangkan kesedihan mereka dan kita pandang ke hadapan untuk perlawanan yang mendatang.” tambahnya lagi.

Malaysia kemudian mempamerkan aksi positif dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon bangkit menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan seterusnya menewaskan cabaran Taiwan menerusi jaringan tunggal Darren Lok.

Kini Malaysia bakal menempuhi cabaran lebih hebat apabila akan menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dalam saingan kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram