Hamidin: Malaysia Tunjuk Peningkatan, Tak Boleh Tiba-Tiba Kalahkan Korea Selatan
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia perlu menunjukkan peningkata bertingkat dalam usaha menjadi salah satu pasukan terbaik di Asia.

Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada MakanBola mengenai kemajuan skuad kebangsaan sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon.

Ad
Advertisement

FAM melihat kemajuan ranking yang ditunjukkan di bawah Pan-gon amat positif sehingga berjaya menembusi kelompok 130 terbaik dunia.

Ad

“Selepas FAM tukar Tan Cheng Hoe kepada Kim Pan-gon, kita dapat lihat ranking tu meningkat. Ini satu pencapaian yang perlu diteruskan. Dalam pergerakan ranking itu tak boleh terus naik, mesti ada adjustment.

Advertisement

Beliau bagaimanapun mahu pendekatan realistik diketengahkan sungguhpun Malaysia pernah melakar kejutan untuk mengikat Korea Selatan.

“Apa yang penting adalah ranking kita terus mendaki. Bola sepak bukannya tiba-tiba kita boleh kalahkan Korea Selatan.

Ad
Advertisement

“Mengikut pelan F30, skuad B-17, B-19, B-23 dan senior perlu menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik di Asia atau pasukan senior 24 terbaik.

Ad

FAM meletakkan sasaran besar untuk skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke Piala Asia 2027.

Advertisement

“Akan datang ini, Malaysia sasar untuk layak ke Piala Asia di Arab Saudi 2027, itu mustahak. Ini untuk mengekalkan pencapaian kita selepas tak layak selama 42 tahun.

“Peminat bola sepak perlu realistik, selepas kalahkan India dan Kyrgyzstan mereka mahu kalahkan Oman dan Jordan. FAM bukan mahu ambil yang minimum tetapi perlu naik bertingkat-tingkat,” jelasnya ketika temu bual eksklusif bersama MakanBola.

Advertisement

Skuad negara memiliki misi penting berbaki dua aksi kelayakan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun 2024.