Hamidin: Mereka Bukan Orang Malaysia, Banyak Yang Palsu
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin tampil memberi penjelasan tentang beberapa pemain bola sepak yang disebut-sebut memiliki darah dan berketurunan Malaysia.

Ketika ditemui di Hotel Armada, Petaling Jaya pada semalam, Hamidin menegaskan bahawa terdapat beberapa akaun media sosial Instagram bola sepak yang menerbitkan hantaran mengatakan bahawa ada pemain bola sepak yang miliki keturunan Malaysia.

“Saya nak bagitau tentang naturalisasi ini, mungkin ada beberapa media atau portal bola yang mengatakan FAM ada membuat urusan pendokumentasian.”

Advertisements

“Di pihak kami, tiada pun. Saya dah bermesyuarat dengan Kim Pan-gon minggu lepas, tiada pun kita buat pencarian pemain kacukan. Tapi ada beberapa portal yang cuba menggunakan nama FAM untuk kata seolah pasukan kebangsaan kita sasar ada lagi pemain naturalisasi, setakat ini tiada.”

FAM juga menyangkal beberapa pemain kacukan yang dicanang memiliki darah dan berketurunan Malaysia sebelum ini. Menurut Hamidin, pihaknya sudah melakukan semakan dan mendapati maklumat-maklumat itu palsu.

Advertisements

“Dan informasi daripada pegawai saya bagitahu, beberapa pemain itu semua tak boleh (wakili Harimau Malaya). Mereka bukan orang Malaysia, jadi itu banyak yang palsu.”

Hamidin dalam pada itu turut menegaskan bahawa FAM kini menumpukan kepada bakat-bakat tempatan dan mahu meningkatkan kualiti-kualiti pemain lokal. Pemain tempatan yang sedia penting untuk generasi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Advertisements

“Saya ingat tak perlu nak ambil kira, jadi saya nafikan dan kita pun tak beriya. Saya dah tekankan kepada jurulatih dan barisan jurulatih akar umbi untuk tumpukan bagi kita lahirkan bakat lokal di setiap peringkat umur, ujar Hamidin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram