Ads
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menjelaskan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/2027 adalah penting buat skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Beliau menyatakan bahawa mentaliti pemain kini berada dalam tahap terbaik dan mereka sudah bersedia untuk beraksi sehabis baik.

Advertisements

“Saya dah jumpa pemain semua, mesej ini sudah sampai. Perlawanan ini Kelayakan (Piala Dunia 2026/2027) bermula dulu selepas itu baru Piala Asia. Saya tak mahu mereka ambil mudah.”

Advertisements

Advertisements

Enggan memandang rendah kemampuan Kyrgyzstan, Hamidin tetap berharap pasukan kendalian Kim Pan-gon dapat mengutip tiga mata di Stadium Bukit Jalil seterusnya meraih kemenangan di laman lawan berdepan Taiwan kelak.

“Kalau kita nak layak ke peringkat seterusnya, kita perlu mula menang lawan Kyrgyzstan, kutip tiga mata. Menang dengan Taiwan nanti dan dapat tiga mata. Kita tak boleh lambat, kita perlu mula sekarang kalau tidak kita tak sempat.”

Advertisements

“Mesej ini sudah sampai kepada semua pemain dan juga kepada Kim Pan-gon. Ini mustahak.”

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dijadual bertemu Taiwan pada 21 November 2023.

Advertisements

Harimau Malaya kini sedang berada dalam kem latihan pusat sebagai persediaan sebelum mereka turun dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram