Advertisement
Hamidin: Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Demi Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Wajah skuad Malaysia mungkin berbeza hari ini sekiranya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima tawaran Park Hang-seo.

Anekdot ini dikongsikan beliau menerusi sedutan video rancangan Bola Itu Life terbitan Astro Arena yang bakal disiarkan pada 4 Januari 2024.

Hamidin mendedahkan semasa FAM memulakan usaha mencari jurulatih baru Harimau Malaya menggantikan Tan Cheng Hoe pada 2022, Hang-seo merupakan antara jurulatih yang menghadiri proses temuduga yang dijalankan FAM.

Pada ketika itu, jurulatih Korea Selatan itu masih lagi memiliki baki kontrak setahun bersama Vietnam. Meskipun begitu, Hang-seo bersedia membatalkan kontraknya bersama Pahlawan Bintang Emas demi melatih Malaysia.

Ini kerana bekas pengendali Jeonnam Dragons itu melihat Malaysia memiliki ramai pemain berbakat dan berpotensi termasuk pemain naturalisasi.

“Untuk pengetahuan anda, Park Hang-seo sudah hampir nak datang (ke Malaysia ketika itu). Dia sudah (nyatakan keinginan) masa temuduga dengan saya, dia sanggup nak pecah kontrak untuk datang.

“Dan dia nak datang dan minat melatih pemain-pemain naturalisasi Malaysia. Malaysia kata dia (merupakan) pasukan berkualiti, ada Corbin (Ong), ada (Mohamadou) Sumareh, kita ada semuanya.

“Dan dia sanggup nak pecah kontrak ketika itu. Padahal dia sudah menang (bersama Vietnam) dengan kita ketika itu. Tapi dia teringin nak pergi Malaysia,” katanya kepada duo pengacara Bola Itu Life, Keeshaanan Sundaresan atau Keesh dan Faiz Gurun.

@fariszukeiman

Malaysia Ke Piala Asia bukan untuk makan angin. ✍️ Follow: @MakanBola #MakanBola #Malaysia #DarrenLok #HarimauMalaya #PialaAsia

♬ original sound – faris.z – faris.z

Bagaimanapun, pada akhirnya, FAM memilih Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya. Dan beliau telah melakar pelbagai pencapaian mengagumkan bersama Harimau Malaya termasuk layak secara merit ke Piala Asia 2023.

Hang-seo kemudiannya membantu Vietnam layak ke final Piala AFF 2022 sebelum tewas kepada juara bertahan, Thailand.

Beliau kemudiannya meninggalkan Pahlawan Bintang Emas selepas tamat Piala AFF sebelum digantikan oleh pengendali Perancis, Philippe Troussier.