Hamidin Pilih Kunci Mulut
MakanBola
FA Malaysia

Tan Sri Hamidin Mohd Amin memilih untuk kunci mulut apabila diminta mengulas perlantikannya sebagai Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini berdasarkan satu video yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam selepas tamat Majlis Anugerah Sukan UiTM pada 2 Julai lalu.

Apabila diminta mengulas tentang perlantikannya sebagai Presiden Kehormat FAM, Hamidin memberi isyarat jari di mulut sebelum meninggalkan majlis.

Terdahulu, bekas Presiden FAM itu dilantik ke jawatan tersebut dalam Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025 pada 30 Jun lalu.

Hamidin menjadi individu kedua dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM dalam sejarah badan induk itu.

Sebelum ini, Sultan Pahang, Almarhum KBDYMM Paduka Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dilantik ke peranan tersebut pada 2014.

Peranan Presiden Kehormat FAM merupakan satu penghormatan oleh badan induk itu kepada bekas presiden FAM. Ini sebagai tanda menghargai jasa mereka kepada bola sepak negara.