Hamidin Puji Jiwa Kental Luqman Hakim Bertahan Di Eropah
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bukan sekali penyokong Harimau Malaya mendengar kisah pemain-pemain negara bergelut bila berkelana di luar negara terutama Eropah. Tetapi itu sesuatu yang mahu diubah penyerang Njardvik, Luqman Hakim Shamsudin – satu perkara yang dipuji Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Selepas bergelut dengan minit permainan yang terhad di KV Kortrijk, Luqman boleh saja menimbang tawaran perpindahan kembali ke tanah air.

Tetapi bekas penyerang muda Selangor FC itu pergi secara pinjaman ke Njardvik bagi membuktikan dirinya boleh berjaya di Eropah. Bagi Hamidin, itu menunjukkan kekentalan jiwa penyerang skuad bawah 23 tahun negara itu.

Advertisements

“Luqman ialah seorang pemain yang memang jiwa dia tinggi, memang nak main luar, itu yang saya boleh beritahu. Itu memang saya tahu, saya jumpa dengan dia.

“Tapi teringat dia punya setback. Setback saya tak perlulah cerita dengan semua. Tapi dia kuat, dia berjuang, dia sampai sekarang betul-betul dia nak buktikan, dia tak nak balik.

“Dia dapat tawaran, saya tahu dia dapat tawaran dari banyak pasukan dekat sini, dia tak nak. Tapi sampai sekarang mental dia kuat dan dia nak main.

Advertisements

“Dia berikan yang terbaik dan sekarang, dia dengan B-23 kita di Melaka sekarang,” katanya semasa sesi townhall FAM di Raia Hotel, Terengganu baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram