Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Jika sebelum ini ada yang lantang mengkritik mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika berlangsungnya Pestabola Merdeka, kini padang tersebut difahamkan sudah sedia untuk digunakan.

Advertisements

Perkara tersebut dikongsikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media.

Advertisements

“Apa yang saya boleh katakan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil kini dalam keadaan lebih baik berbanding ketika Pestabola Merdeka tempoh hari.

Advertisements

Advertisements

“Kalau kita lihat rumput sudah terletak elok, cuma bahagian tepi padang sahaja yang masih belum rapi sepenuhnya. Saya jangkakan 70-80 peratus sudah bersedia untuk Kelayakan Piala Dunia,” jelas Hamidin dalam satu sidang media.

SNBJ digunakan sekali lagi sebagai venue buat pasukan Harimau Malaya. Pemilihan SNBJ juga dipengarhi beberapa faktor seperti memudahkan lebih ramai penyokong Harimau Malaya hadir memberikan sokongan.

Advertisements
Advertisements

Selain itu, difahamkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon juga turut mahukan aksi menentang Kyrgyzstan dilangsungkan di SNBJ,

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram