Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin menyebutkan dua venue alternatif sekiranya padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat digunakan pada menjelang bulan Mac.
Beliau yang ditemui dalam sesi sidang media memberitahu bahawa pihaknya sudah memikirkan venue alternatif sekiranya padang SNBJ tidak bersedia.
Ketika ini, padang SNBJ digunakan bagi konsert Ed Sheeran sekaligus menimbulkan tanda tanya tentang kesediaannya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Hal ini susulan keadaan yang sama telah terjadi pada tahun lalu susulan penganjuran konsert Coldplay yang menjejaskan keadaan padang.
Keadaan ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokong namun Hamidin menyebutkan bahawa pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Sekiranya padang tidak berada dalam keadaan baik, kita akan ubau venue ke tempat lain,” ujar beliau dalam satu temubual.
Antara gelanggang yang disebut sebagai venue alternatif adalah Stadium Sultan Ibrahim dan juga Stadium Gong Badak di Terengganu.
Malaysia akan bertemu Oman pada 26 Mac 2024 namun perlu terbang ke gelanggang lawan terlebih dahulu pada 22 Mac 2024.