Hamidin Sedia Mengadap Sultan Selangor
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan beliau bersedia menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjatuhkan hukuman berat ke atas Selangor FC selepas menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih 2024.

Ad

Antara hukuman yang perlu dilalui Merah Kuning ialah potongan tiga mata, denda RM100,000 dan beraksi tanpa penonton untuk aksi liga menentang JDT.

Ad

Susulan itu, Sultan Sharafudin menzahirkan rasa kecewa dan murka terhadap MFL dan Ahli Majlis FAM termasuk Hamidin atas apa yang berlaku.

Ini kerana pada hemat baginda, hukuman yang dijatuhkan bukan saja melampau tetapi tidak mengambil kira semua faktor yang berlaku. Ini termasuk serangan simbahan asid ke atas bintang Selangor FC, Faisal Halim.

Ad

Hamidin mengakui maklum dengan perasaan dukacita yang ditunjukkan oleh Sultan Sharafuddin. Justeru, beliau sudah menghubungi Istana Selangor dan telah menghantar warkah untuk menghadap baginda dalam masa terdekat.

Ad

“Saya memahami dukacita DYMM Tuanku . Saya sudah menghubungi pihak Istana Selangor semalam. Pagi ini saya turut menghantar surat rasmi bagi memohon menghadap DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj . Izinkan saya menghadap Tuanku terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) 2024.

Ad

Hamidin turut memaklumkan beliau sudah menerima surat perletakan jawatan Exco FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar. Jawatan yang dipangkunya ketika ini akan diisi dalam sesi pemilihan FAM yang akan berlangsung pada tahun hadapan.