Hamidin: Tak Mustahil Langsung Untuk Harimau Malaya Tewaskan Indonesia
Dunia
Luqman Hakim Zubir
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin percaya dengan kemampuan Malaysia untuk menewaskan Indonesia.

Malaysia dan Indonesia bakal berentap Ahad ini di Stadium Nasional Singapura untuk perlawanan terakhir kumpulan B Piala AFF.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi pasukan kita akan dapat mengalahkan Indonesia dengan berbekal komitmen semua pemain dan pegawai serta strategi yang betul.”

Advertisements

“Strategi berserta kemahuan para pemain ini adalah mustahak untuk kita adunkan dengan sebaik mungkin apabila turun berdepan Indonesia nanti.”

“Bagi saya, lawan Indonesia ini langsung tak mustahil untuk kita menang sebenarnya. Saya tahu kita boleh bermain dengan lebih baik dan boleh menang.”

“Semua ini menuntut komitmen seratus peratus daripada semua pemain dan pegawai untuk tempoh dua tiga hari menjelang perlawanan pada Ahad ini,” kata Datuk Haji Hamidin ketika mesyuarat secara dalam talian dengan skuad Harimau Malaya, hari ini.”

Advertisements

Bertemu Indonesia, Malaysia wajib menang untuk layak ke pusingan seterusnya dan tekanan sudah pasti lebih tinggi buat anak buah Tan Cheng Hoe berbanding skuad Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak.

“Cuma sedikit ‘disadvantage’ kepada kita yang mana kita wajib menang, tak boleh seri. Kalau kita sudah mendahului satu gol pun, Indonesia masih boleh samakan kedudukan pada minit akhir.”

“Jadi kita kena berhati-hati kerana kalau seri, kita gagal layak ke separuh akhir. Saya fikir pemain sudah pasti tahu tugas dan tanggungjawab mereka. Saya yakin Harimau Malaya mampu melakukannya,” tegas Datuk Haji Hamidin dalam satu sesi mesyuarat bersama barisan kejurulatihan dan pemain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram