“Hampir Setiap Hari Ada Anak Pegawai Nak Masuk NFDP” – Safirul Abu Bakar

nfdp malaysia "Hampir Setiap Hari Ada Anak Pegawai Nak Masuk NFDP" - Safirul Abu Bakar
Syafiq Freman @syafiqfreman
1:50pm 20/06/2021

Safirul Abu Bakar yang merupakan Director syarikat Sportwork Group yang diberikan peranan untuk menguruskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menyatakan hampir setiap hari mereka menerima panggilan dari beberapa individu untuk memasukkan anak pegawai dalam program NFDP.

“1460 hari dalam NFDP, hampir setiap hari ada ibu bapa, guru, pegawai kerajaan, adik beradik, duta, menteri dan macam-macam hubungi nak anak, anak saudara, anak kawan, anak majikan, anak ikan, nak masuk AT, SSM, SSN, PLD, dan AMD.”

Beliau juga memuji bagaimana bekas menteri Belia dan Sukan, YB Khairil Jamaluddin yang tidak mahu anaknya menerima layanan istimewa kepada barisan panel pemilihan.

Program NFDP sebelum ini berjaya melahirkan beberapa graduan berprestasi tinggi seperti Luqman Hakim yang kini bermain di eropah. Gambar: myMetro

“Aku nak bagi satu contoh berkenaan isu kabel ni. Dulu anak KJ datang selection Akademi Tunas. Jurulatih tanya ‘bos anak menteri ni macam mana?”

“KJ cakap terus, kalau layak ambil, kalau tak layak jangan. Ringkas.”

“Macam mana jenis sistem kita buat pun, kita masih bergantung pada pertimbangan manusia.”

Isu kabel ini bukanlah isu baru dalam pemilihan pemain akademi/muda kerana sebelum ini terdapat beberapa bekas pemain yang menyatakan kekecewaan kepada pihak MakanBola menerusi Instagram dan Facebook.