Hannah Yeoh Dedah Sebab Malaysia & Oman Dilarang Berlatih Di SNBJ
Harimau Malaya
Hannah Yeoh
Advertisements

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan berkenaan status terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi miliknya hari ini, Hannah Yeoh menegaskan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil kini sudah sedia untuk digunakan. Tambah beliau, rumah keramat Harimau Malaya ini telahpun mendapat kelulusan daripada FIFA Match Commissioner (MC) untuk perlawanan esok hari.

Hannah Yeoh dalam pada itu turut menjelaskan sebab mengapa pasukan Malaysia dan Oman tidak dibenarkan untuk melakukan sesi latihan di stadium tersebut. Menurutnya, FIFA Match Commissioner (MC) tidak membenarkan kedua pasukan ini berlatih di SNBJ kerana kekerapan hujan pada waktu petang sejak kebelakangan ini.

Advertisements

Menteri Belia & Sukan turut menggesa semua penyokong Harimau Malaya untuk turun membanjiri stadium. Setakat ini, kutipan jualan tiket telah mencecah lebih 15,000 pembelian.

Malaysia akan menentang Oman untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2024 pada esok jam 10 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram