Advertisement
Hannah Yeoh Kena Game?
Dunia
MakanBola
Sinar Harian

Apa isunya jika Stadium Nasional Bukit Jalil sudah ditempah untuk penganjuran konsert Jay Chou empat tahun lalu, dan kenapa perlukan sampai 14 hari untuk pemasangan pentas?

Itu persoalan dibangkitkan bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Zakaria Rahim setelah mendengar penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Pemasangan struktur pentas untuk konsert tersebut yang sedang giat dilakukan di Stadium Nasional, menyebabkan skuad Harimau Malaya yang akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir Piala AFF pada Sabtu, ‘kehilangan’ kira-kira 21,000 penyokong.

Hannah Yeoh berkata perkara tersebut tidak dapat dielakkan dan menjelaskan bahawa penganjur telah menempah venue tersebut pada Mac 2019 berbanding FAM yang hanya menempah stadium untuk Piala AFF pada bulan Ogos lalu.

Beliau juga memberitahu 14 hari diperlukan untuk kerja pemasangan selain memerlukan penglibatan lebih 600 krew, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu, dalam masa sama menegaskan kerja pemasangan itu sebenarnya sudahpun tertangguh dua setengah hari.

Zakaria berpendapat, Hannah Yeoh telah dengan mudahnya ‘diperbodohkan’ oleh penganjur dan kontraktor dalam hal ini.

“Alahai, senangnya menteri ni kena game dengan penganjur dan kontraktor. Konsert dah tangguh ke 15 Januari, maka ada 8 hari selepas game semi final untuk pasang. Kontraktor cap apa ni sampai 14 hari nak pasang pentas dan peralatan?

“Macam lah orang lain tak biasa buat acara dan konsert. Menteri sebelum hadir taklimat dan buat kenyataan, buatlah semakan dulu. Boleh jer rujuk pada promoter-promoter acara lain.

“Konsert Jay Chou adalah Jelajah Dunia. Konsert jelajah biasa artis bawa krew ramai dan akan menggunapakai krew tempatan juga. Normal professional stage constructor akan ambil masa maksima 2 hari untuk siapkan pentas tour concert siap segala equipment seperti smoke, skrin LED, flamethrowers, soundboards, stage props cabling dan lain-lain (boleh rujuk di mana-mana).

“Sehari sebelum konsert baru lah masuk peralatan band dan semakan bunyi serta raptai. Jangan terkejut penganjur di Australia cuma perlukan 24 jam sahaja untuk siapkan semua bagi konsert besar dan sejam sahaja sebelum sound check untuk konsert kecik.

“Elemen terpenting dalam pengurusan acara adalah, jumlah petugas/krew. Untuk siapkan secara professional, perlukan petugas melebihi 50 orang pekerja, tak perlu pun kerja round the clock tapi kalau ada bajet dan perlukan kesegeraan macam kes SNBJ ni, kena kerja round the clock la.

“Jadi, kontraktor ni guna 10 pekerja sendiri sahaja ke nak siapkan sampai 14 hari? Menteri dibagitahu penganjur pakai 500 crew. Perghh, itu sehari pun dah cukup nak siapkan pentas untuk konsert yang dah rancang sejak 2019. Semua barang dah secured, tinggal park dan pasang je.

“Kesimpulan, boleh sahaja dibuka pentas selepas perlawanan menentang Singapura tempoh hari kemudian pasang balik mulai Ahad pagi. Tapi instead of dibuka semalam, terus sambung kerja sampai ketahap memang bermasalah kalau dibuka hari ni. Disini tiadanya keinginan atau kesungguhan dari semua pihak walau ada 500 krew.

“Kalau semalam buka, guna pengalaman dan pro kontraktor pasang balik hari Ahad, hari Selasa skeleton stage siap kalau mula Ahad ni (lepas game). Jumaat atau Sabtu 14 Januari dah boleh pasang segala alat elektronik, sound and effect system dan buat sound check. Benda eletronik ni pasang sebelum Rabu pun tak guna sebab cuaca tak menentu sekarang. Jahanam barang nanti.

“Jadi, kalau katanya pasang 14 hari, berapa hari pulak nak leraikan pada tengah malam 15 Januari untuk bagi ruang game final 16 Januari? Bolehke mereka memastikan stadium bersih sepenuhnya dalam masa 12 jam selepas konsert, sudah tentu kontraktor akan jawab “boleh boss!” Boleh pulak cepat. Tapi pasti mereka mendoakan Malaysia gagal di Bangkok nanti, so boleh la leraikan dengan perlahan,” ujar Zakaria.