Juara Liga Vietnam 2019, Hanoi FC mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Selayang semalam. Ini adalah perlawanan kedua mereka dalam jelajah pra musim di Malaysia selepas menewaskan UiTM FC, 3-1 pada hari Selasa lepas.
Dalam perlawanan itu, Selangor terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi penyerang import, Ifedayo Olusegun sebelum Van Quyet kembali menyamakan kedudukan.

Perlawanan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan Hanoi FC menghadapi kejohanan Asia Challenge Cup yang akan bermula pada hari Sabtu ini di Stadium Shah Alam.
Mereka dijadualkan menentang kelab dari Thailand, TRUE Bangkok United pada pukul 5 petang (18 Januari 2020), kemudian menentang kelab dari Indonesia, Persib Bandung pada waktu yang sama (19 Januari 2020).