Advertisements
Hanoi Mahu Bina Stadium Kapasiti 60,000, Cecah RM19 Bilion
Asia Tenggara
MakanBola
Hanoi FC

Kelab gergasi Vietnam, Hanoi FC merancang untuk membina sebuah stadium baru berkapasiti 60,000 orang dengan kos AS$4.5 bilion (RM19 bilion).

ASEAN Football melaporkan usaha ini terhasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pemilik kelab, T&T Group dengan entiti pelaburan Qatar, JTA Group.

Pemeteraian ini dibuat semasa lawatan tiga Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh ke Qatar baru-baru ini.

Menerusi MoU berkenaan, JTA akan mengatur urusan pembiayaan kewangan yang diperlukan untuk membina stadium baru tersebut. Manakala T&T pula akan bekerjasama dengan rakan usaha sama dari Qatar dari segi kajian, rekaan dan operasi stadium.

Selain memiliki kapasiti 60,000 orang, stadium ini juga bakal memiliki kemudahan pertandingan, latihan dalaman dan luaran bertaraf dunia. Stadium baru ini juga bakal memiliki taman tema persis Disneyland dan zon hiburannya yang tersendiri.

Stadium baru Hanoi turut dijangka memiliki pusat latihan atlet remaja yang memenuhi piawaian Olimpik.

Minh Chinh menyambut baik usaha sama JTA-T&T kerana ini akan menguntungkan penduduk Hanoi untuk jangka masa panjang. Ini kerana bandar tersebut bakal mendapat kemudahan sukan bertaraf dunia yang menguntungkan lebih 10 juta penduduk.

Seandainya projek ini direalisasikan, Hanoi dijangka meninggalkan Stadium Hang Day, Bukan sekali T&T berusaha membina stadium baru di Hanoi termasuk bekerjasama dengan Bouygues Group dari Perancis pada 2018.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua entiti dapat membina Stadium Hang Day yang baru dengan kos €250 juta (RM1.2 bilion). Walau bagaimanapun, projek tersebut gagal direalisasikan atas beberapa faktor,