Nazmi Faiz yang mempunyai kepakaran dalam mengatur permainan dijangka bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Nagoya Textiles malam ini di Thailand.
Dalam perlawanan lalu semasa virus Covid-19 menjelma, Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan kelab dari Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings 2-1. Lebih manis, kemenangan tersebut berjaya diperoleh di stadium baru JDT, Stadium Sultan Ibrahim.
Dalam perlawanan terbabit, Nazmi Faiz merupakan antara pemain paling menyerlah dalam padang dengan beliau berjaya mengawal rapi bahagian tengah bersama-sama Afiq Fazail dan Natxo Insa.

Hantaran Nazmi pada minit ke-73 berjaya diterjemahkan sebagai jaringan kemenangan JDT oleh Maurício dos Santos.
Nazmi Faiz juga beraksi cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Dunia/Asia bersama Skuad Kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe di United Arab Emirates (UAE) baru-baru ini.

Semoga Johor Darul Ta’zim berjaya mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan menentang Nagoya Grampus.
AFC Champions League:
Johor Darul Ta’zim vs Nagoya Grampus
10 malam (waktu Malaysia)
Lokasi: Stadium Rajamangala, Thailand.