Saingan kempen AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan hanya 6 buah negara di Asia Timur yang memiliki wakil pada pentas tertinggi Asia itu.
Perubahan format kempen ACLE musim 2024/25 menyaksikan hanya 12 pasukan yang mendapat tempat untuk bersaing mengikut zon Asia Timur dan Asia Barat.
Dua negara besar Asia iaitu Korea Selatan dan Jepun mendapat slot terbanyak apabila diwakili oleh tiga pasukan bagi negara masing-masing.
Ulsan HD, Pohang Steelers dan Gwangju menjadi wakil Korea sementara Jepun dibarisi dengan nama-nama besar seperti Kawasaki Frontale, Vissel Kobe dan juga finalis tahun lalu, Yokohama F. Marinos.
Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatkan kebanggaan untuk negara apabila menjadi satu-satunya wakil tunggal untuk bersaing bersama pasukan gergasi Asia.
Thailand pula diwakili oleh Buriram United manakala Central Coast Mariners menjadi wakil tunggal Australia bagi saingan kali ini.
Kemaraan JDT penting buat Malaysia untuk mengekalkan slot automatik ke ACLE bagi musim 2025/26 selepas mendapatkan tambahan mata AFC MA Ranking buat negara.
Malaysia telah memungut 27.861 mata dan kekal berada di tangga ke-6 Asia Timur (ke-13 Asia) sementara Australia kini menghuni tangga ke-5 Asia Timur (ke-11 Asia) dengan 31.124 mata.
Negara seperti Singapura, Indonesia, dan juga Vietnam tidak memiliki pasukan bagi kempen ACLE namun berjuang pada peringkat ACL2 bersama Selangor FC.
Ujian seterusnya buat JDT adalah berdepan satu lagi jaguh China, Shanghai Shenhua pada 1 Oktober di Stadium Sultan Ibrahim.