Haqimi Azim Dikaitkan Ke Selangor
MakanBola
Negeri Sembilan FC
Sponsors

Penyerang muda Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim dikaitkan menarik minat kelab Liga Super, Selangor FC.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak penting The City Boys musim ini selepas beberapa pemain meninggalkan pasukan.

Ad

Menerusi satu laporan oleh wartawan terkemuka, T. Avineshwaran, beliau memaklumkan bahawa Selangor tertarik untuk mendapatkan khidmat penyerang muda negara ini.

Ad

“Selangor sedang bertanya tentang penyerang KL Haqimi Azim Rosli,” jelas Avineswaran di laman X.

Beliau kerap mendapat tempat di bawah kendalian Miroslav Kuljanac dan membantu KL City menapak hingga ke kedudukan ketiga Liga Super.

Ad

Menerusi satu temu bual oleh Makanbola bersama Haqimi di Stadium Cheras baru-baru ini, beliau turut mengakui bahawa telah mendapat beberapa tawaran daripada kelab Liga Super.

Ad

“Saya ada mendapat beberapa tawaran tetapi buat masa ini saya mahu kekal di KL City dahulu. Ya sehingga habis musim,” katanya ketika ditemui.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola (@makanbolaplus)

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan perpindahan ini sama ada dari kelab mahupun pemain sendiri.

Haqimi juga antara pemain serangan yang banyak mencipta peluang dan melakukan percubaan dalam setiap perlawanan menurut data MFL.