Haqimi Azim Terima Tawaran Menarik Kelab Liga Super
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Penyerang muda KL City, Haqimi Azim menerima tawaran menarik daripada kelab lain menjelang jendela perpindahan kedua.

Beliau beraksi dalam kesebelasan utama pasukan ketika menewaskan Sabah FC dengan keputusan 3-0.

Ad

Penyerang muda negara ini mengakui kini semakin yakin untuk beraksi setelah diberi peluang beraksi dengan lebih kerap.

Ad

“Pada tahun ini saya mendapat lebih banyak minit permainan, saya juga lebih yakin untuk beraksi. Saya juga ingin berterima kasih kepada jurulatih kerana memberikan saya peluang untuk bermain.

“Saya juga perlu perbaiki lagi kemahiran individu saya dan mahu membantu KL untuk mencapai kedudukan 3 terbaik Liga Super,” jelas Haqimi Azim ketika ditemui selepas perlawanan.

Ad

Beliau juga memberitahu bahawa telah menerima beberapa tawaran namun mahu kekal bersama The City Boys.

Ad

“Saya ada mendapat beberapa tawaran tetapi buat masa ini saya mahu kekal di KL City dahulu. Ya sehingga habis musim,” katanya.

Ad

Gandingan Haqimi bersama dua rakan sepasukan iaitu Paulo Josue dan Jovan Motika membawa KL City melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super.