Harapan Vietnam Ke Piala Dunia B-17 Musnah Di Minit Akhir
MakanBola
Vietnam FF
Sponsors

Pasukan muda Vietnam terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Piala Dunia B-17 setelah terikat seri dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Khamis.

Saingan Piala Asia B-17 ketika ini sudah memasuki aksi ke-3 peringkat kumpulan dengan fokus tertumpu kepada negara-negara yang sedang bersaing merebut tempat untuk ke suku akhir.

Ad

Salah satu negara tersebut adalah Vietnam yang berada di dalam kumpulan B bersama 3 lagi pasukan terdiri daripada juara bertahan Jepun, Australia serta Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Ad

Selepas dua perlawanan, skuad B-17 Vietnam ini menduduki tangga ke-3 kumpulan B dengan mengumpul 2 mata setelah berjaya mengikat Australia dan Jepun dengan keputusan 1-1.

Pada aksi terakhir kumpulan B menentang UAE pada Khamis, Vietnam bermula cemerlang apabila Duy Khang Hoang Trong meletakkan wakil Asia Tenggara tersebut di hadapan di minit ke-25.

Ad

Walau bagaimanapun, hasrat besar Vietnam untuk mencatat kemenangan dan mara ke suku akhir musnah setelah skuad muda UAE itu berhasil menyamakan kedudukan di minit ke-89.

Ad

Tandukan penyamaan oleh Hazaa Mahdi di penghujung aksi itu membuatkan Vietnam mengakhiri saingan di kedudukan keempat dan meranapkan impian untuk berada di kelompok dua terbaik.

Ad

Maka, peluang Vietnam untuk mara ke pentas Piala Dunia B-17 sudah terkubur oleh kerana hanya pasukan yang layak ke suku akhir akan beraksi di kejohanan tertinggi dunia tersebut.

Dengan ini, pasukan Jepun dan UAE akan menjadi wakil dari kumpulan B tatkala Indonesia menjadi satu-satunya negara dari rantau Asia Tenggara yang akan beraksi di Piala Dunia B-17.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments