Bintang Korea Selatan, Son Heung-min yang berharga $54.5 juta difahamkan bersamaan dengan nilai 21 pasukan kebangsaan yang bertanding di Piala Asia 2023 Qatar.
Menurut laman bola sepak Transfermarkt, nilai Son hanya lebih rendah daripada Jepun ($345.5 juta), Korea Selatan ($210.4 juta ) dan Iran ($56.2 juta ).
Son mempunyai nilai yang sama seperti pemain sayap Jepun Kaoru Mitoma, tetapi lebih rendah daripada Takefusa Kubo dari Jepun dan rakan sepasukannya di Korea Selatan, Kim Min-jae.
Son pernah menjadi pemain bola sepak Asia paling berharga iaitu pada tahun 2020 apabila dia dinilai dengan harga $98.5 juta.
Pada Piala Asia 2023 Qatar, penyerang Tottenham Hotspurs itu berharap Korea Selatan mampu menjulang kejuaraan untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Asia yang kali terakhir dimenangi 64 tahun yang lalu iaitu pada edisi 1960.
Musim ini, Son menjadi kapten Tottenham Hotspurs. Dia berada dalam prestasi terbaik dengan menjaringkan 12 gol dan 5 bantuan gol dalam 21 perlawanan dalam semua pertandingan.
Daripada 20 pemain termahal pada kejohanan itu, Jepun menyumbang 13 pemain manakala Korea Selatan menempatkan empat pemain. Tiga pemain lain adalah penyerang Porto, Mehdi Taremi dan Sardar Azmoun dari Iran serta pertahanan dari Australia, Harry Souttar.
Hong Kong menjadi pasukan yang mempunyai nilai terendah daripada 24 pasukan yang bertanding di Piala Asia ini. Manakala Malaysia pula berada di tangga kelima sebagai pasukan yang mempunyai nilai terendah.