Harga Tiket Aksi Malaysia & Kyrgyzstan Bermula Serendah RM5
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Kyrgyzstan, penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM5.

Pengumuman ini dibuat oleh FAM menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini.

Dengan skuad negara beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), harga tiket perlawanan ditetapkan pada harga RM40 bagi Kategori Terbuka dan RM5 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Advertisements

Sementara tiket RM60 ditetapkan bagi Kategori Grandstand dan tiket berharga RM80 pula bagi Kategori Premium.

Penetapan harga tiket perlawanan ini untuk Kategori Terbuka sedikit berbeza dengan tiket kategori sama yang dijual untuk Aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 iaitu RM30.

Ini disebabkan taraf perlawanan Malaysia-Kyrgyzstan ialah perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Advertisements

RM1 dari setiap tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

Dan sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada perjuangan Palestin, RM2 daripada setiap jualan tiket akan disalurkan ke tabung khas Palestin.

Malaysia memulakan kempen Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini di SNBJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram