Harga Tiket Aksi Manchester United vs ASEAN All-Stars Cecah RM1500
MakanBola
Maybank

Tiket aksi persahabatan pasca-musim membabitkan Manchester United dan ASEAN All-Stars mencecah RM1,500.

Sebelum ini, Manchester United mengumumkan dua aksi persahabatan pasca-musim di Asia sejurus tamat kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ad

Anak buah Ruben Amorim akan berdepan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini. Ini disusuli aksi menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Ad

Ini kali pertama United beraksi di Malaysia sejak jelajah pra-musim 2009/10. Selain jelajah pasca-musim 2024/25, The Red Devils turut mengumumkan jelajah pra-musim 2025/26 di Sweden dan Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United, Omar Berrada menyifatkan aturan jelajah yang diumumkan mampu mengeratkan hubungan penyokong dan kelab terutama di benua Asia.

Ad

“Kami menghargai sokongan hebat yang dinikmati Manchester United di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Musim panas ini, kami gembira untuk mengumumkan jadual (jelajah) yang membolehkan peminat kita di Asia, Scandinavia dan Amerika Syarikat berhubung dengan kelab dan melihat skuad utama beraksi dalam persekitaran tempatan.”

Ad

Sebaik United mengumumkan dua aksi pasca-musim mereka, ramai penyokong ingin tahu harga tiket aksi pasukan itu dan ASEAN All-Stars.

Ini kerana harga tiket aksi berkenaan untuk kategori VIP mencecah RM1,500. Ini sekaligus menyebabkan berita ini tular di media sosial.

Antara yang berkongsi berita harga tiket aksi United-ASEAN All Stars ialah seorang pengguna X bernama Joshua SIDkzee.

Penyokong yang berstatus pelanggan Maybank boleh mendapatkannya menerusi akses pra-jualan eksklusif dari jam 3.30 petang, 8 April hingga 11.59 malam,11 April ini.

Setelah itu, tiket akan dijual kepada orang ramai bermula pada jam 11.00 pagi, 15 April. Tiket boleh didapati di platform Ticket Empire.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments