Harimau Malaya Bakal Miliki Pusat Latihan Baru
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad Harimau Malaya mendapat berita gembira hari ini apabila bakal memiliki pusat latihan baru.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam majlis pelancaran pelan strategik fasa kedua Peta Hala Tuju (Roadmap) F:30 yang berlangsung hari ini.

Berdasarkan perkongsian wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, pusat latihan baru ini akan diwujudkan di Putrajaya.

Advertisements

Ini merupakan sebahagian daripada perancangan kerajaan pusat dalam membantu FAM merealisasikan agenda fasa kedua F:30.

Sebelum ini, sesi latihan skuad negara diadakan di Wisma FAM di Kelana Jaya. Kewujudan pusat latihan baru ini bakal memudahkan perancangan barisan kejurulatihan negara diketuai Kim Pan-gon.

Advertisements

Malah, ini bakal memberi suntikan semangat kepada barisan pemain negara untuk melakar aksi lebih cemerlang di pentas antarabangsa selepas ini.

Skuad senior Malaysia kini sibuk membuat persiapan untuk aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Kumpulan D menentang Kyrgyzstan.

Advertisements

Harimau Malaya berharap dapat mencipta kemenangan ke atas The White Falcons di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 16 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram