Advertisements
Harimau Malaya Bakal ‘Terbang’ Ke Dubai
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Harimau Malaya bakal melakukan persiapan rapi menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026

Perkara ini diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Bin Haji Mohamad Amin yang berkata skuad bimbingan Kim Pan-gon itu akan ke Dubai bagi persiapan aksi seterusnya.

“FAM tidak anggap Harimau Malaya gagal di Piala Asia Qatar dan mengesahkan skuad bimbingan Kim Pan Gon akan ke Dubai untuk persiapan bertemu Oman dalam kelayakan Piala Dunia, Mac ini” tulis wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman X.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia bagi meningkatkan kualiti skuad bola sepak negara.

Skuad Harimau Malaya yang tiba di tanah air pada Jumaat disambut meriah oleh ratusan penyokong termasuk Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Meskipun skuad negara tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 terbaik Piala Asia, namun semangat juang yang dipamerkan membuka mata ramai mengenai kemampuan skuad negara.