Harimau Malaya kini selangkah untuk menguji kekuatan negara Piala Dunia.
Perlawanan ini juga bakal menjadi antara ujian awal buat skuad kendalian Pau Marti Vicente yang kini mengambil alih tugas bersama skuad kebangsaan.
Beberapa perlawanan persahabatan difahamkan akan diadakan sebagai persiapan pasukan kebangsaan menjelang sepak mula Piala AFF 2024.
Ujian sulung bekas pengendali Akademi Barcelona itu adalah aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), September ini.
Tiga negara telah mengesahkan penyertaan iaitu juara bertahan, Tajikistan dengan dua lawan iaitu Filipina dan Lubnan turut mengambil bahagian.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) difahamkan telah menghantar pelawaan kepada tuan rumah Piala Dunia 2018, Russia bagi aksi persahabatan.
Dua lagi negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Vietnam juga difahamkan menghantar permohonan untuk mengadakan aksi menentang Russia pada Oktober ini menurut laman Asean Football.