Harimau Malaya bakal menjadikan Yaman sebagai ujian pemanas badan sebelum mengharungi saingan ASEAN Championship 2024.
Yemen Sports melaporkan pasukan Asia Barat itu bakal menjalani kem latihan di Malaysia. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi Arabian Gulf Cup 26.
Kem ini dilihat kesinambungan daripada dua aksi antarabangsa yang ditempuh pasukan itu pada 16 dan 19 November lalu. Dua aksi tersebut menyaksikan Yaman tewas sekali dan menang sekali dengan pasukan Asia Selatan, Sri Lanka.
Al-Yaman as-Sa’eed tewas terlebih dahulu pada 16 November. Ini disusuli kemenangan ke atas anak buah Abdullah Al-Mutaili itu pada 19 November.
Pengurus pasukan Yaman, Abdul Rahman Alnasi memaklumkan kem latihan itu turut diselangi dengan aksi persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya.
Aksi ini cukup penting buat Yaman. Ini kerana selain sebagai persediaan menghadapi Arabian Gulf Cup 26, aksi ini juga digunakan sebagai persiapan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.
Sekiranya aksi ini direalisasikan, ini bakal menjadi aksi pertama buat kedua-dua pasukan sejak tahun 2014.
Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung aksi persahabatan berkenaan.