Ads
Harimau Malaya Bawa Skuad Terkuat Lawan Filipina
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente dijangka mempertaruhkan skuad terbaik bertemu Filipina.

Advertisements

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Abdul Rahman berkenaan perancangan skuad negara bagi aksi September ini.

Advertisements

Harimau Malaya bakal mengharungi aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan aksi separuh akhir bertemu Filipina pada 4 September 2024 jam 9 malam.

Advertisements
Advertisements

Perbincangan susulan bakal diadakan dengan pengendali kelahiran Sepanyol itu dalam masa terdekat dengan sasaran untuk menjadi juara diletakkan.

Pau Marti baru sahaja pulang dua hari lepas. Hari ini beliau sedang berbincang dengan barisan kejurulatihannya dan kita akan bertemu dengannnya dalam masa terdekat,” katanya.

Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed menyatakan bahawa sasaran skuad negara adalah muncul juara.

“Kita (FAM) meletakkan sasaran untuk menjadi juara. Tak ada alasan untuk kita tidak menjadi juara,” jelasnya.

Advertisements

Pemenang aksi separuh akhir akan melangkah ke final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi bagi penentuan tempat ke-3 masing-masing pada 8 September 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram