Harimau Malaya mula menjalani latihan hari pertama kem tanpa kelibat Gabriel Palmero dan Rahadiazli Rahalim.
Fasa pertama kem menyaksikan 28 pemain melapor diri. Antara yang tiba untuk fasa pertama kem ialah Hong Wan, Paulo Josue, Fergus Tierney, Muhammad Abu Khalil dan Nooa Laine.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend juga telah tiba di Johor Bahru pada 18 Mei lalu untuk membantu persiapan kem.
Berdasarkan pemerhatian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), dua pemain tidak kelihatan iaitu Palmero dan Rahadiazli.
Bek kiri berdarah Sepanyol-Malaysia itu belum tiba selepas melakukan penampilan pertama bersama skuad senior CD Tenerife. Rahadiazli pula dilaporkan terpaksa diketepikan berkemungkinan kerana masalah kecederaan.
“Misi benam Vietnam bermula, hari pertama kem latihan pusat Harimau Malaya membabitkan seramai 26 pemain dengan Gabriel Palmero belum tiba dan Rahadiazli Rahalim difahamkan terpaksa diketepikan,” katanya di X.
Skuad negara akan melalui dua aksi pemanas badan dengan pasukan ke-72 dunia, Cape Verde. Ini disusuli aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.