Harimau Malaya bakal membuka langkah bagi aksi Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 menentang Kemboja.
Skuad kendalian Pau Marti berdepan detik gemilang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Pasukan negara merakamkan kemenangan 2-1 pada peringkat separuh akhir sebelum menundukkan Lubnan hasil jaringan Romel Morales pada aksi final di Bukit Jalil.
Perjuangan Malaysia bakal diteruskan dengan menghadapi aksi persahabatan menentang New Zealand sebelum beraksi di Piala Mitsubishi Electric.
Aksi pertama skuad kebangsaan adalah menentang Kemboja di laman lawan pada 8 Disember sebelum menentang Timor Leste/Kemboja bagi aksi kedua.
Ujian sebenar Malaysia adalah berdepan pasukan ke-100 dunia, Thailand di tempat lawan pada 14 Disember dengan Singapura menjadi lawan terakhir peringkat kumpulan.
Pada edisi lalu, Harimau Malaya berjaya melangkah ke pentas separuh akhir namun tunduk di tangan Thailand dengan agregat 3-1.
Malaysia dijangka tampil tanpa tonggak utama yang beraksi buat JDT dan Selangor susulan kelab turut mengharungi kejohanan Asia.
Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-132 dunia sementara Kemboja pada kedudukan ke-180 dunia.