Harimau Malaya bakal berdepan pasukan ke-72 dunia bagi aksi pemanas badan yang bakal berlangsung hujung Mei ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski beraksi cemerlang pada aksi pembukaan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini.
Pasukan kebangsaan melakukan persiapan rapi untuk menghadapi jaguh Asia Tenggara, Vietnam bagi aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Harimau Malaya menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Malaysia akan menentang pasukan ke-72, Cape Verde pada Khamis, 29 Mei ini.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu bakal menjadi aksi pemanas badan penting sebelum berdepan anak buah Kim Sang-sik.
“Ini sebahagian persiapan yang diatur skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025, jam 9:00 malam,” ujar FAM.
Cape Verde berada dalam momentum terbaik selepas menewaskan Angola dengan keputusan 2-1 selain merekodkan kemenangan tipis 1-0 menentang Mauritius.
Antara pemain bintang yang berada dalam skuad Cape Verde ialah Logan Costa, Yuran Fernandes, Wagner Pina, Kevin Lenini dan Telmo Arcanjo.
Aksi antara Malaysia vs Cape Verde dijadualkan pada 29 Julai jam 8 malam di Cheras, Kuala Lumpur.