“Harimau Malaya Makin Ramai Naturalisasi, Pemain Tempatan Berkurang” – Azlan Johar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Azlan Johar berpandangan persaingan untuk menyarung jersi Harimau Malaya semakin sukar buat pemain tempatan dengan kehadiran pemain naturalisasi.

Azlan Johar kemudian menyambut baik tindakan beberapa pemain kebangsaan yang memilih berhijrah keluar untuk mendapatkan minit permainan demi terus merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

Sebagai pemain bola sepak profesional, mendapatkan minit permainan yang mencukupi adalah penting dalam mengekalkan prestasi terbaik diatas padang selain meningkatkan kematangan dalam permainan.

Advertisements

Azlan Johar yang kini menginjak usia 61 tahun melihat perpindahan keluar secara pinjaman beberapa pemain kebangsaan seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syamer Kutty Abba sebagai satu perkara yang positif dalam karier bola sepak mereka.

“Peluang mereka ada apabila mereka berhijrah ke negeri (kelab) yang mahukan mereka. Sebab itulah pemain-pemain hebat yang boleh mewakili pasukan kebangsaan ingin mencari minit permainan kerana mereka tahu match fitness adalah yang paling penting.”

“Pasukan negara sekarang pun sudah ramai pemain naturalisasi dan semakin kurang pemain tempatan. Disebabkan itu saya rasa pemain-pemain ini sedar mereka perlu beraksi (minit permainan).”

Advertisements

“Ini bagus dan satu respon yang positif. Kita harus berusaha, rajin berlatih dan kita harus merebut tempat untuk kita beraksi.”

“Apa-apapun yang paling penting dalam fikiran mereka adalah mereka ingin beraksi kerana mereka tahu mereka masih boleh menyumbang bakti kepada pasukan negara.” ujar Azlan Johar.

Harimau Malaya kini memiliki misi penting untuk meraih kemenangan dalam baki dua aksi menentang Kyrgyzstan dan Taiwan kelak dalam melayakkan diri ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram