Harimau Malaya Waspada Ancaman Ernist Batyrkanov
Harimau Malaya
MakanBola
Kyrgyz FU
Advertisements

Menjelang aksi menentang Kyrgyzstan pada malam ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melihat Ernist Batyrkanov sebagai ancaman yang perlu diawasi barisan pertahanan Harimau Malaya.

Nama penyerang berusia 26 tahun itu bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak negara. Ini kerana Batyrkanov pernah mewakili Kelantan United FC (kini Kelantan Darul Naim FC (KDN FC)) pada musim 2023.

Advertisements

Meskipun gagal menjaringkan sebarang gol semasa beraksi bersama pasukan Pantai Timur itu, beliau menyumbat gol buat negaranya ketika menentang Malaysia pada November lalu.

Ini turut disokong dengan statistik terbaru Batyrkanov di Transfermarkt selepas kembali menyertai Abdysh Ata-Kant pada Julai 2023.

Advertisements

Sejak menyertai kelab tersebut, beliau telah menjaringkan lapan gol dan mencipta empat bantuan gol dalam 24 perlawanan.

Atas sebab itu, Zulhelmi melihat kelibat bekas penyerang FK Dordoi Bishkek tidak patut dipandang enteng oleh barisan pertahanan negara.

Advertisements

“Ernist Batyrkanov ini merupakan bekas penyerang Kelantan United. Tetapi ketika bersama kelab, tidak mempunyai impak yang cukup besar. Tetapi bila dia menyarung jersi skuad kebangsaan dia sendiri, dia menampilkan permainan berbeza yang kita sendiri tak jangkakan.

“Saya ingat lagi seorang jurulatih pernah berkata kepada saya, ‘Lihat betisnya.’ Betis pemain ini kecil sahaja tetapi itu yang digambarkan. Aksinya di atas padang bersama Kelantan United dan kita sangka pemain ini biasa sahaja.

Advertisements

“Bila bersama skuad kebangsaan, dia telah menjaringkan gol, cukup pantas dan cukup lincah. Pemain berjersi nombor 9 mampu memberi tekanan kepada barisan pertahanan (negara),” katanya dalam program Nadi Arena semalam.

Skuad negara bakal turun menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada jam 11.00 malam ini.

Advertisements

News Comments Account