Ads
Harimau Malaya Selangkah Miliki Tonggak Kacukan ‘Gred A’ Buatan Real Madrid
Harimau Malaya
Real Madrid CF

Bekas penjaga gol Real Madrid, Diego Altube Suarez berpotensi menjadi penjaga gol baharu Harimau Malaya.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini dilepaskan oleh kelabnya di La Liga 2, Albacete setelah kontraknya tamat pada 1 Julai 2024 yang lalu.

Advertisements

Tonggak muda berketinggian 1.88 meter ini mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Malaysia , Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi jendela perpindahan kedua, Ogos ini.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh laman Frfuturetalents, bekas pemain Akademi Real Madrid ini memiliki pertalian dengan Malaysia menerusi belah ibunya.

Pemain kelahiran Sepanyol-Malaysia ini dijangka bakal diumumkan oleh Johor Southern Tigers dalam masa terdekat sekaligus membolehkan beliau beraksi buat Harimau Malaya.

Advertisements

Menurut laman Transfermarkt, Diego Altube kini dinilai pada tanda harga 600,000 Euro (RM3.062 Juta) sekaligus bakal menjadi penjaga gol termahal Malaysia sekiranya menjadi kenyataan.

Advertisements

Proses mendapatkan kerakyatan Malaysia juga difahamkan sudah selesai sekaligus membolehkan beliau beraksi seawal Pestabola Merdeka 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram