Harimau Malaya Uji Taring Pasukan 60 Terbaik Dunia?
MakanBola
ANFA
Sponsors

Harimau Malaya dijangka bakal berdepan lawan dalam kelompok 60 terbaik dunia pada aksi kalendar FIFA, Jun ini.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bermula cemerlang pada aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menundukkan Nepal dengan keputusan 2-0.

Ad
Sponsors

Malaysia bagaimanapun hanya menjalani latihan pusat di Johor Bharu tanpa mengharungi sebarang aksi persahabatan ketika itu.

Ad

Usaha untuk mendapatkan lawan yang setara buat pasukan kebangsaan diteruskan dengan beberapa khabar angin mengenai potensi lawan skuad negara mula menjadi bualan peminat.

Berdasarkan beberapa laporan tidak rasmi, Harimau Malaya berpotensi untuk menentang pasukan yang berada dalam kelompok 60 hingga 80 terbaik dalam ranking FIFA sebelum melayan kunjungan jaguh Asia Tenggara, Vietnam. 

Ad

Pertemuan berdepan pasukan handalan dunia seperti New Zealand selain pengalaman beraksi di pentas Piala Asia 2023 memungkinkan skuad kebangsaan mendapatkan lawan yang berada pada kedudukan lebih baik.

Ad

Beberapa buah pasukan di Asia Tenggara juga dikhabarkan berada dalam radar Harimau Malaya namun masih belum ada sebarang pengesahan ketika ini.

Ad

Anak buah Kim Sang-sik juga berada dalam prestasi cemerlang selepas membelasah Laos dengan keputusan 5-0 sekali gus menghadirkan cabaran hebat buat Malaysia.

Pertembungan antara Malaysia vs Vietnam dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jam 9 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments