Harimau Muda Tempang Tanpa Ubaidullah Shamsul
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Cabaran skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia di China tempang tanpa kelibat bek tengah Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili

Skuad yang dibimbing Juan Torres Garrido itu terpaksa melupakan khidmat beliau selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) Tahap 1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023.

Ad

Biarpun kecederaan tersebut tidak memerlukan Ubaidullah menjalani pembedahan, bek tengah berusia 20 tahun itu masih perlu berehat selama enam minggu.

Ad

Garrido mengakui ketiadaan bek tengah Peteh itu sedikit sebanyak merencatkan perancangan beliau untuk dua aksi persahabatan menentang China yang berlangsung pada esok dan 26 Disember ini.

Pada masa sama, beliau merasa lega skuad B-23 negara berpeluang memanggil semula Ubaidullah untuk Piala Asia B-23 yang berlangsung pada tahun hadapan.

Ad

“Kecederaan (ACL Tahap 1 Ubaidullah) nampak baru. Jadi, beliau perlukan masa untuk menjalani pemulihan dengan baik. Kita akan lihat perkembangannya pada minggu-minggu berikutnya, harapnya beliau dapat pulih untuk membantu kita (dalam Piala Asia B-23 2024).

Ad

“Kita akan lihat (perkembangannya) kerana beliau nampak dalam keadaan baik. Ini sesuatu yang doktor pasukan Terengganu dan skuad kebangsaan akan nilai.

“Kita akan lihat dalam tempoh beberapa minggu. Buat masa ini, terlalu awal untuk kita menilai,” katanya kepada Nadi Arena sebelum skuad B-23 negara bertolak ke China semalam.

Dua perlawanan persahabatan menentang China merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia B-23 2024.

Mengikut data Transfermarkt, Ubaidullah telah membuat 12 penampilan bersama Harimau Muda.