Hariss Harun Ikut Jejak Dollah Salleh
MakanBola
FA Singapore
Sponsors

Kapten Singapura, Hariss Harun mengikut jejak legenda bola sepak negara, Dato’ Dollah Salleh dalam pemilihan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

The Straits Times melaporkan pasukan calon presiden FAS, Forrest Li merupakan satu-satunya calon yang terpilih untuk penggal 2025-2029.

Ad

Pasukan Li terdiri daripada sembilan calon yang akan mengisi jawatan penting dalam FAS. Jawatan Timbalan Presiden bakal disandang Pengerusi BG Tampines Rovers, Desmond Ong.

Ad

Hariss, Pengurus Besar Lion City Sailors (LCS), Tan Li Yu, Ketua Staf Burnley, Sean Bai dan pengerusi Hougang United, Bill Ng mengisi jawatan Naib Presiden.

Tiga lagi figura mengisi jawatan Ahli Majlis FAS secara en bloc iaitu Pengarah Eksekutif LCS, Bruce Liang, Pengerusi St Joseph’s Institution (SJI) International, Roy Quek dan Arivan Shanmugaratnam (Tasek Academy).

Ad

Enam baki kerusi Ahli Majlis FAS bakal dipertandingkan membabitkan tujuh calon. Antara calon yang menawarkan diri bertanding ialah dua legenda Singapura, Aleksandar Duric dan Aide Iskandar Sahak.

Ad

Kesemua sembilan calon termasuk Li bakal mengangkat sumpah dalam kongres luar biasa FAS di Raffles Town Club pada 28 April ini.

Ad

Pasukan Li sepatutnya berentap dengan satu lagi pasukan diketuai bekas naib pengerusi Balestier Khalsa, Darwin Jalil. Walau bagaimanapun, pencalonan pasukan Darwin ditolak FAS pada 17 April lalu.

Susulan itu, beliau telah menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan perkara tersebut.

Menariknya, Hariss terpilih ketika masih aktif bermain untuk Singapura dan LCS. Beliau juga berpeluang menambah koleksi trofi Asia yang dimenanginya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ini kerana LCS berjaya mara ke final Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) selepas mengatasi Sydney FC 2-1 secara agregat.

Sekiranya LCS berjaya menewaskan Sharjah di peringkat akhir, Hariss menambah satu lagi trofi di peringkat Asia. Sebelum ini, beliau pernah memenangi Piala AFC bersama JDT.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments