Hariss Harun Teruja Kembali Ke Stadium Sultan Ibrahim
Asia Tenggara
JST/Lion City Sailors FC
Advertisements

Bekas kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hariss Harun mengakui teruja kembali beraksi di stadium keramat pasukan itu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Pemain tengah Lion City Sailors itu bukan asing dengan Harimau Selatan kerana pernah mewakili pasukan itu dari 2014 hingga 2021.

Justeru, tidak hairanlah apabila The Sailors mengumumkan dua aksi pemanas badan menentang JDT pada 4 dan 8 April ini, Hariss merasa gembira dengan berita berkenaan.

Advertisements

Ini kerana dua aksi pemanas badan ini bukan sekadar peluang bagi kedua-dua pasukan memantapkan persiapan sebelum saingan Liga Super dan Singapore Premier League (SPL) bermula.

Malah, ini juga peluang buat pemain-pemain baru terutama pemain muda merebut peluang dalam slot kesebelasan utama.

“Semua orang di rantau (Asia Tenggara) tahu kualiti JDT. Tapi kami juga membina sesuatu bersama The Sailors. Jadi, kami mahu menguji diri kami dan melihat bagaimana kita boleh bersaing dengan mereka.

Advertisements

“Ini juga peluang yang baik bagi sesetengah pemain muda yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama musim ini. Dan kami mahu menunjukkan prestasi yang baik dalam dua perlawanan tersebut,” katanya kepada laman sesawang Lion City Sailors.

Semasa bersama Harimau Selatan, Hariss merekodkan 102 penampilan dan menjaringkan enam gol untuk JDT.

Tempoh 2014 hingga 2021 menyaksikan beliau menjulang gelaran juara Liga Super sebanyak enam kali, Piala FA dan Piala Malaysia mengikut data Transfermarkt.

Advertisements

The Sailors bakal melayan kunjungan JDT di Stadium Bishan pada 4 April sebelum aksi susulan di SSI pada 8 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram