Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Kelibat pertahanan skuad bawah 23 tahun, Harith Haiqal bersama skuad kebangsaan menjadi tumpuan selepas kembali dari tugasan bawah 23 tahun negara.

Advertisements

Menurut wartawan MakanBola, Nik Faris, kapten skuad bawah 23 tahun negara itu dilihat bersama pemain-pemain lain menjalani sesi latihan di Wisma FAM pada Khamis.

Advertisements

“Kelibat pertahanan pasukan b-23 Malaysia, Harith Haiqal dikesan berada dalam sesi latihan hari ke-3 Harimau Malaya hari ini”, ciap beliau di laman X.

Advertisements

Advertisements

Tambah beliau lagi, pertahanan Selangor FC itu dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan Gon bagi mengisi kekosongan Endrick Dos Santos dan Dions Cool.

“Harith Haiqal dipanggil sebagai ‘sparring’ bagi mengisi ketiadaan Cools & Endrick”, tambah beliau.

Advertisements

Sebelum ini, Harith Haiqal dipanggil untuk menyertai skuad bawah 23 tahun negara ke China bagi dua aksi persahabatan di sana sebagai persiapan menghadapi Piala Asia bawah 23 tahun pada April.

Advertisements

Anak-anak buah Kim Pan Gon bakal membuka tirai kempen Piala Asia nanti menentang Jordan dan kemudiannya berdepan Bahrain sebelum mengakhiri aksi peringkat kumpulan menentang Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram