Pertahanan muda Malaysia U23, Harith Haiqal menggegar bumi Thailand selepas menjaringkan gol roket jarak jauh.
Aksi antara Malaysia dan Filipina itu menyaksikan percaturan E. Elavarasan untuk membariskan kesebelasan terbaik membuahkan hasil.
Skuad muda negara mendahului seawal 20 saat menerusi ledakan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal untuk menyuntik moral pasukan.
Tumpuan terarah kepada bagaimana kebolehan pertahanan muda Selangor FC ini membelah lawan untuk gol ketiga pasukan.
Harith melihat ada ruang kosong di celah kubu pertahanan Filipina yang sedang ketinggalan dua gol seawal 10 minit beraksi.
Pemain berusia 21 tahun ini tidak menunggu lama untuk melepaskan satu rembatan kencang jarak jauh.
Jaringan tersebut meletakkan skuad muda negara selesa mendahului tiga gol pada babak pertama.
Kemenangan menentang Filipina amat penting untuk menyuntik moral pasukan menjelang aksi terakhir berdepan Thailand untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.
Malaysia mendahului pertama dengan keputusan 3-0.