Harith Haiqal: Kami Sedar Tak Cukup Bagus
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kapten Harimau Malaya, Harith Haiqal memohon maaf atas aksi hambar skuad Malaysia bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar.

Bek tengah negara itu mengakui beliau dan rakan-rakannya telah memberikan yang terbaik dalam aksi menentang Vietnam tempoh hari.

Namun kekalahan anak buah Juan Garrido Torres kepada Vietnam menyaksikan Malaysia tersingkir awal dalam kejohanan Piala Asia B-23 setelah mengutip dua kekalahan kepada Uzbekistan dan Vietnam.

Advertisements

Uzbekistan dan Vietnam kini merupakan dua pasukan dari kumpulan D yang layak ke peringkat suku akhir Piala Asia B-23.

“Saya berani jamin 100% kami adalah pasukan yang lebih bagus daripada mereka semua (Vietnam). Tetapi kalau kita bagus, kita ada 10 sepuluh peluang tapi tidak manfaatkan dan mereka ada 1 peluang dan mereka manfaatkan, kita mati (gagal).”

“Saya tahu semua disana kecewa (penyokong Harimau Malaya), mak ayah dan adik-beradik saya kecewa kerana kalah tetapi inilah bola sepak.”

Advertisements

“Saya mewakili semua pemain meminta maaf, kami sudah buat yang terbaik. Mungkin kami tidak cukup bagus, kami sedar kami tidak cukup bagus. InsyaAllah ada rezeki kami cuba lagilah.” ujar Harith Haiqal menurut Astro Arena.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia mencatatkan lebih banyak percubaan dengan 15 percubaan berbanding Vietnam yang melakukan 11 percubaan. Malaysia turut mendominasi penguasaan bola sebanyak 59% namun gagal memenangi aksi tersebut.

Malaysia kelak akan menentang cabaran Kuwait dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D pada 23 April di Stadium Al Janoub.

Advertisements

Tersingkirnya Malaysia diperingkat kumpulan menyaksikan Harimau Malaya terlepas peluang meraih slot Olimpik 2024 Paris setelah hanya 4 pasukan yang ke separuh akhir layak mengisi slot negara Asia menerusi 3 slot automatik dan 1 slot perlawanan penentuan menentang wakil benua Afrika, Guinea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram